This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Kepentingan Takaful. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Takaful. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Mengapa Setiap Individu memerlukan Takaful

-Setiap orang sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran,penipuan dan banyak lagi yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan dan pengurangan nilai

-Risiko atau musibah itu tidak pasti bila terjadi

-Sistem atau saluran bantu membantu tidak dihalang

oleh agama, malah ia sangat digalakkan

-Sistem takaful boleh meringankan beban risiko atau

kesedihan untuk menyambung aktiviti harian hidup

PENGERTIAN TAKAFUL

“Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.”

CIRI-CIRI TAKAFUL

-Sistem Islam

-Sumbangan Tabarru

-Pelaburan Halal

-Majlis Pengawasan Syariah

-Tiada Unsur Riba

-Tiada Unsur Maisir

-Tiada Unsur Gharar

-Perkongsian Keuntungan

KONSEP ASAS TAKAFUL

Tabarru

Membuat Kebajikan

Membuat Derma Bersyarat

Mengurnia dengan Redha

Al-Mudharabah

Perkongsian Keuntungan Para Peserta dan EIB

Nilai berdasarkan Nisbah yang ditentukan

Nisbah pembahagian bergantung kepada aqad yang dibuat

UNSUR FASID DALAM INSURANS

RIBA

-Peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan

-Penjanaan dana insurans melalui pelaburan dalam instrumen kewangan yang berurusniaga berasaskan faedah

MAISIR

-Mendapat sesuatu dengan cara mudah tanpa berusaha mengerjakannya

-Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan pulangan yang besar

GHARAR

Ketidakpastian di mana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada pihak yang lain

Friday, March 23, 2012

Takaful Sebagai Pengagih Harta Pusaka

Semasa mengagih pusaka , harta peninggalan arwah mengecut sebelum sempat diagihkan kepada waris. Ini akibat kos mahkamah, kos pentadbiran dan pembayaran hutang.
Takaful yang dirancang dengan betul dapat membayar dan menampung beban hutang yang ditinggalkan arwah

Betulkah Orang Melayu lebih sayang harta dari diri sendiri ?

Orang melayu lebih sayangkan harta dari sayangkan diri sediri dan keluarga. Apa perlunya berkereta besar jika hanya sekadar untuk ditunjuk-tunjuk atau menjadi lambang kebanggaan. Harta yang kita miliki adalah milik Allah SWT yang bila-bila masa sahaja menunggu masa untuk ditarik kembali. Jika kita terlalu bergantung kepada harta, ditakuti nanti bila tiada harta kita akan putus harapan dan kufur kepada Allah SWT.

Maka bersyukurlah dengan segala yang kita ada dan gunakanlah harta kejalan yang diredhai. Simpan dalam simpanan yang dijamin halal dan memberi pulangan yang berpatutan. Simpan 10% daripada pendapatan untuk jaminan kewangan anda bila anda sakit atau hilang upaya untuk berdikari dan jika anda meninggal dunia lebih awal.


A. Kasihkan Harta
Kebanyakan Orang Melayu umpamanya apabila membeli kereta atau motorsikal pasti akan disertai dengan membeli insuran. Tak cukup lagi ditambah pula dengan insuran cermin dan sebagainya. Beli rumah disertai dengan membeli insuran kebakaran, MRTA dan sebagainya. Membeli barangan antik, barang kemas, barang perhiasan dan sebagainya turut juga disertai dengan membeli insuran. Tujuannya hanya satu iaitu untuk melindungi harta tersebut. Kalau berlaku kemalangan, kerosakan, kebakaran atau kematian barang tersebut akan diganti semula oleh pihak insuran. Mereka tidak sanggup kehilangan atau kecacatan barang itu. Mereka juga tidak sanggup atau tidak mampu menggantikannya semula dengan perbelanjaan sendiri. Beribu RM sanggup dikorbankan untuk tujuan membeli insuran. RM tersebut hangus, tahun hadapan beli lagi dan hangus lagi. Kiralah berapakah RM hangus dalam tempoh 10 atau 20 tahun semata-mata untuk harta?

B. Abaikan Diri Sendiri Dan Keluarga
Masih tidak ramai lagi orang Melayu yang sayangkan diri sendiri dan keluarga dengan menyertai Takaful. Bagi mereka Takaful tidak perlu kerana mereka sentiasa berfikir seperti berikut:-

  1. Takaful atau insuran sama sahaja iaitu untuk menipu orang ramai
  2. Sesuatu musibah tidak kena pada diri mereka dan hanya kena pada orang lain
  3. Mereka sentiasa sihat dan yang sakit itu orang lain
  4. Mereka tidak nampak nilai kesihatan dan umur mereka kerana ia diberi percuma oleh Allah
  5. Umur mereka panjang dan tidak nampak akan mati
  6. Sikap jika suami mati, isteri dan anak-anakpandai-pandailah nak hidup
  7. Mereka tidak nampak jika berlaku kematian atau sakit mereka akan menyusahkan isteri dan anak-anak
  8. Mereka tidak beriman kepada ayat Al-Quran dan Hadith tentang keperluan Takaful
  9. Mereka tidak dapat maklumat yang tepat tentang keperluan Takaful
  10. Hanya bergantung harap subsidi kerajaan dalam menanggung kos perubatan
  11. Belum ada saudara mara atau sahabat yang ditimpa masalah penyakit kritikal di depan mata sendiri.
  12. Tiada mempunyai rasa tanggungjawab untuksurvival bangsa Melayu itu sendiri.
  13. Suka bergantung pada takdir sebelum berusaha