This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, March 23, 2012

Adakah Insurans dan Takaful sama sahaja?

Salah satu soalan yang sering dikemukakan oleh pembaca budiman samada orang Islam dibenarkan mengambil pelan insurans konvensional atau sebaliknya?Persoalan ini timbul kerana ramai yang keliru di antara insurans dan takaful.

Persoalan ini sememangnya satu topik panas dan telah menyebabkan banyak perdebatan berlaku di kalangan wakil insurans & takaful, dan di kalangan masyarakat sendiri. Malahan ada sesetengah wakil Takaful yang begitu beriya-iya menyatakan kononnya insurans & takaful itu berbeza, tetapi sebaliknya ejen dari insurans pula menafikannya.

Bagi menjawab persoalan di atas , anda bukan sahaja perlu mendalami dan mengkaji ilmu insurans itu sendiri, malah anda sendiri sepatutnya perlu mengkaji asal-usul takaful dan memahami konsep takaful itu sendiri tanpa membuat perbandingan dgn mana-mana syarikat insurans mahupun di kalangan syarikat takaful itu sendiri. Apa yang ketara saya lihat di sini adalah pendekatan yang digunakan oleh syarikat masing-masing di samping pelan mereka yang sudah tentunya berbeza.

Ada sesetengah pihak yang mendakwa, ramai di kalangan wakil takaful (part time) yang hanya terikut-ikut kata dari ejen-ejen lain, sedangkan mereka tidak mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang ini. Dakwaan ini walaupun ada benarnya, tetapi seharusnya tidak patut ditujukan kepada umum. Ianya hanya relevan kepada segelintir individu.

Saya secara 'personal', merasakan bahawa produk yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat insurans dan takaful adalah sama(hanya sedikit persamaan jika ada). Sememangnya kedua-dua syarikat ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia, apatah lagi kami di eTiQa bernaung di bawah jenama yang sama.Tetapi, itu tidak bermakna marketing plan kami adalah sama. Di eTiQa sendiri, terdapat 2 syarikat yang dikenali dengan eTiQa Insurans & eTiQa Takaful. Bagi yang mengikuti perkembangan kami, tentunya anda tahu membezakan antara keduanya di mana syarikat eTiQa Insurans dahulunya dikenali sebagai MNI, manakala eTiQa Takaful dikenali sebagai Takaful Nasional Berhad.

Saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai syarikat insurans kerana pasti ada yang akan mempertikaikan 'ilmu' saya dalam bidang berkenaan. Jadi , saya memilih untuk berkongsi kepada anda semua akan Definisi & Konsep Takaful supaya anda dapat membezakan akan kedua-duanya.

Definisi Takaful

Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan "Takaful" ialah 'kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana "Takaful" merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala', maka ianya juga bererti ' saling menjamin, menjaga atau memelihara'.

Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.

Konsep Asas Takaful

Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru'

Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.

Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.
Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.

Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.

Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah

Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.

Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

Keperluan Takaful / Insurans dalam kehidupan

Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi sepanjang hayatnya. Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra).
Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans.
Al-Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN. Maka ETIQA TAKAFUL BERHAD adalah hasil usaha-sama dengan MAYBANK BERHAD.

Renungan : Perlindungan dan Anda

Pernahkah anda terfikir mengapa perlunya perlindungan @ insurans dalam menjamin / memelihara kehidupan pada masa hadapan. Ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa dengan memiliki perlindungan @ insurans memberi bantuan kewangan kepada mereka yang mengalami musibah seperti hilang upaya kekal, kematian mahupun ketika mendapatkan rawatan dan perubatan.

Seringkali kita mendengar dan melihat di media, ramai antara kita mengalami tekanan kewangan berikutan kos rawatan dan perubatan yang tinggi. Tidak lupa juga kepada golongan isteri dan anak-anak yang turut merasai tanggungan hutang seandainya berlaku kematian atau suami / bapa hilang upaya. Ini mengakibatkan ada anak-anak yang terpaksa menamatkan persekolahan atas perkara yang tidak diingini. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku kepada anda dan keluarga sekiranya dilindungi dengan perlindungan hayat @ insurans.

Percaya atau tidak, konsep perlindungan @ insurans telah diamalkan dalam kehidupan anda seharian. Pendapatan anda merupakan insurans kepada kehidupan anda. Melalui pendapatan, anda gunakan sebagai pembelanjaan, simpanan ataupun memiliki perkara yang anda inginkan. Anda bekerja keras 8 jam sehari, 5 hari seminggu, merempuhi kesesakan lalu-lintas semata-mata untuk menjamin kewangan anda dan keluarga. Tapi bagaimana jikalau anda tidak sihat??Sudah tentunya anda tidak mampu bekerja dan ini sedikit menjejaskan kewangan anda.Secara asasnya, kesihatan anda adalah tunjang utama kepada kewangan anda. Oleh sebab itu, eTiQa Takaful menawarkan 3 manfaat utama kepada anda iaitu manfaat simpanan, manfaat kesihatan, dan manfaat hayat.

Teknologi meningkat tinggi, taraf hidup meningkat tinggi, taraf pendidikan meningkat tinggi, begitu juga kos rawatan dan pembedahan meningkat tinggi. Mampukah anda membiayai kos-kos rawatan dan pembedahan seandainya anda disahkan menghidapi salah satu penyakit ini?

(a) Kanser Payudara (kos:10k - 140k)
(b) Kanser Rahim (kos:10k - 140k)
(c) Demam Denggi (kos:3k - 8k)
(d) Diabetis (kos:3k - 5k / year)
(e) Tekanan Darah Tinggi (kos:2k - 3k / year)
(f) Sakit Jantung (kos:20k - 50k)
(g) Strok (kos:7k - 15k)
(h) Katarak (kos:3k - 5k)

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Ada masanya anda sihat dan ada masanya anda sakit. Jadi bekalkan diri dengan perlindungan eTiQa Takaful untuk anda dan keluarga. Secara logiknya, anda boleh berhutang untuk membeli kereta dan rumah kediaman tetapi anda tidak boleh berhutang sekiranya hendak mendapatkan rawatan dan pembedahan.

Tujuan Perlindungan TAKAFUL diwujudkan adalah:


(a) Menyediakan dana pendapatan keluarga sekiranya anda meninggal dunia.
(b) Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya.
(c) Menyediakan dana tabung tambahan untuk persaraan.
(d) Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
(e) Menyediakan dana penyakit kritikal.
(f) Mengelakkan daripada berhutang apabila ditimpa musibah.
(g) Melindungi aset atau perniagaan.
(h) Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
(i) Melakukan amal jariah.
(j) Mengurangkan cukai pendapatan.

Bertindaklah segera dengan mengambil perlindungan eTiQa Takaful sebelum 5 perkara:-

(a) Sihat sebelum sakit
(b) Muda sebelum tua
(c) Hidup sebelum mati
(d) Kaya sebelum miskin
(e) Lapang sebelum sempit

Hubungi saya untuk mengetahui lanjut tentang Etiqa Takaful : 0198164164 / 0105205010 Kaharuddin

Takaful dan Insurans,Apa Perbezaannya ?




Takaful berasal dari perkataan Arab 'kafala'yang bermaksud saling menjamin. Konsep takaful bertujuan menggalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun.
Objektif insurans adalah bertujuan sebagai golongan yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, menyatakan :-

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Apakah yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Perbezaan ketara membezakan prinsip takaful dengan insurans konvensional adalah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak sepertigharar (ketidakpastian), riba, dan maisir (judi). Unsur-unsur inilah dapat mewujudkan kerugian, ketidakadilan, serta penganiyaan kepada pemegang polisi insurans.

Etiqa Takaful medical Card


Medical Card eTiQa Takaful (Medic Save Rider) merupakan manfaat tambahan kepada anda bagi menikmati perlindungan menyeluruh ketika anda berada di dalam hospital dan juga semasa menjalani pembedahan. Tujuan medical card eTiQa Takaful adalah untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yang meningkat tinggi terutama di hospital swasta. Ia dilengkapi dengan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan kemasukan ke hospital, pembedahan dan rawatan.

Keistimewaan Medical Card

Kelebihan utama medical card ialah melalui ko-takaful. Ko-takaful bermaksud perkongsian musibah antara peserta dengan pengendali takaful. Setiap kemasukan peserta ke hospital dan pembedahan hanya bayaran 10% dikenakan kepada peserta bagi setiap kos rawatan yang ditanggung. Baki 90% akan dibayar eTiQa Takaful terus kepada hospital selepas pesakit keluar.

Contoh:-

Kos rawatan ditanggung = RM 30,000
eTiQa bayar (90%) = RM 27,000
Peserta bayar (10%) = RM 3,000

Faedah-faedah lain eTiQa Takaful Medical Card

**Kemudahan kemasukan rawatan bagi kes kemasukan hospital dan pesakit luar.
**Nilai kad yang tinggi (RM 150,000 - RM 300,000).
**Jaminan penggunaan & pembaharuan kad sehingga usia 75 tahun.
**Rawatan lanjutan pesakit luar dibayar luar dibayar 100% mengikut hadnya.
**Rawatan pesakit luar untuk sakit kecemasan (12 mala
m - 6 pagi) sehingga Rm 50.


Financial Planning Pyramid


Financial Planning Pyramid


Pelan-Pelan Etiqa Takaful

A) PELAN ETIQA TAKAFUL PRIMA-

Skim simpanan & Perlindungan BIJAK berlandaskan SYARIAH.
NIKMATI BONUS WANG TUNAI 10% Dari jumlah PERLINDUNGAN ASAS TAKAFUL ANDA
DIJAMIN!!
BESERTA PERLINDUNGAN PENDAPATAN BERTERUSAN SEPANJANG TEMPOH PENYERTAAN.
- Pernakah anda mendengar tentang SKIM TAKAFUL yang membayar anda ketika masih sihat?
- Pernakah anda mendenagar tentang SKIM TAKAFUL yang mana walau anda tidak ditimpa apa apa musibah, anda tetap akan mendapat menikmati WANG DARI JUMLAH PERLINDUNGAN ASAS TAKAFUL anda?
Ya… selalunya Skim Insurans @ Takaful Hanya menyediakan satu jumlah wang ringgit SEANDAINYA anda ditimpa musibah seperti SAKIT PENYAKIT ATAU KEMALANGAN YANG MENGAKIBATKAN KEMASUKAN HOSPITAL, HILANG NYAWA ATAU HILANG UPAYA KEKAL….
TETAPI TIDAK DENGAN SKIM SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN BIJAK
PELAN ETIQA TAKAFUL PRIMA
Pelan Simpanan Takaful PRIMA ini bukan sahaja menawarkan DANA KEWANGAN untuk meringankan bebanan kewangan para peserta jika berlaku musibah tidak dijangka…..MALAH sebagai peserta anda juga dapat menikmati WANG TUNAI dari jumlah PERLINDUNGAN ASAS TAKAFUL anda sebanyak 10% secara BERKALA SETIAP 3 TAHUN SEKALI sepanjang tempoh penyertaan walau anda TIDAK DITIMPA MUSIBAH…..
Dan ia adalah DIJAMIN!!
Pelan ini juga boleh disertakan dengan KAD PERUBATAN yang dikenali dengan nama TAKAFULMEDIC-SAVE RIDER.simpanan yang dikenali dengan:
PELAN SIMPANAN ETIQA TAKAFUL MESRA.
DENGAN HANYA RM100.00 anda boleh memperolehi KAD KESIHATAN(TAKAFUL MEDIC-SAVE RIDER) serta Skim Simpanan Dan Perlindungan untuk melindungi pendapatan anda.
Menariknya dalam pelan ini walau pun Perlindungan Asas akan diberi apabila Musibah berlaku atau Simpanan akan diperolehi sehingga tempoh matang, peserta masih boleh mengeluarkan wang tunai pada tahun yang KEEMPAT dengan kadar 80 % untuk kegunaan yang mungkin terdesak. Dan ini adalah duit ANDA! yang mana tiada sebarang interest dikenakan.
Tidak seperti KONSEP INSURANS KOVENSIONAL yang menawarkan LOAN pada pesertanya pada tahun yang tertentu, serta mengenakan interest untuk pembayaran balik. INI LAH RIBA YANG DILARANG DALAM ISLAM!!!!!!

C) Tidak ketinggalan ETIQA TAKAFUL juga menawarkan Pelan PELAJARAN untuk masa depan anak anak anda yang dikenali sebagai:
PELAN ETIQA TAKAFUL SARJANA.
PELAN ETIQA TAKAFUL SARJANA bukan sahaja Skim Simpanan Pelajaran, malahan ia juga melindungi Si Pembayar iaitu IBU atau BAPA dari musibah yang berlaku.
Jika berlaku keadaan yang sedemikian, Si BAPA atau IBU yang membayar, Meninggal Dunia atau Hilang Upaya, duit yang sepatutnya dimasukkan setiap bulan tidak perlu dilakukan lagi oleh ahli keluarga terdekat kerana ianya telah DILUNASKAN oleh Pihak ETIQA TAKAFUL sehingga anak mencapai umur 18-24 tahun.
Selain dari itu Pelan ini juga memberi ANUGERAH KECEMERLANGAN AKEDEMIK untuk anak yang menduduki peperksaan :
UPSR 5A akan memperolehi -RM500.00 : PMR 8A akan memperolehi -RM750.00 : SPM 8A akan memperolehi -RM1000.00 DAN STPM 5 A akan memperolehi -RM1000.00

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai salah satu dalam Pelan ETIQA TAKAFUL ini bolehlah menghubungi WAKIL yang terdekat anda untuk menerangkan secara lebih lanjut,atau hubungi saya : 0198164164 / 0105205010 (Kaharuddin )