This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, March 24, 2012

Kencing Manis dan Medical Card

Statistik : 1 Daripada Setiap 7 orang Dewasa Menghidapi Diabetes


Salam semua para pembaca setia blog saya. Agak lama saya tak update blog saya, agak sibuk dengan tugas harian. Tambahan pulak baru pindah office dari Tmn Berkeley ke Prima Klang Avenue. Ok, hari nie saya nak highlight mengenai risiko penyakit kencing manis dan kaitannya secara langsung dengan insurance perubatan (medical card). Mungkin ramai yang amik mudah pekara ini. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, pengalaman saya buat insurance especially masa nak apply insurance or medical card....kalau client tu dah ada kencing manis....sama ada border, under control atau tak control..sama ada kawalan dengan diet atau ubat, bila nak apply medical card sahaja, sure kena ME and blood test...(utk check kandungan gula dalam darah)...kalau di luar paras normal sahaja, sure H & S (Hospital and Surgical) Declined.


Kalau kita lihat keratan akhbar yang diambil dari Berita Harian, maybe ianya cerita lama, dan sekarang nie saya lihat dah takde awareness program mcm ni kat paper2 utama. Tapi, hakikatnya, adakah risikonya berkurangan? Sudah tentu tidak, dengan cara pemakanan kita yang asyik2 manis setiap hari dan ditambah lagi dengan sikap kita yang kurang bersenam utk keluarkan peluh...risiko penyakit ini semakin meruncing. Dan kalau kita baca pada keratan akhbar ini, pelbagai penyakit lain akan timbul akibat penyakit diabetes ni.


Dan satu lagi, saya pernah hadiri training mengenai process underwriting policy Prudential dan PruBSN Takaful, yang beri taklimat adalah seorang Doktor. So, beliau ada menyatakan, sesetengah orang berpendapat, penyakit kencing manis nie lebih bahaya daripada cancer...sebab tiada ubat. Setidak2nya, cancer ada yang recover dan pulih seperti biasa. Cuma kalau dah kena sakit kencing manis nie (Diabetis Mellitus) akan terus menerus bergantung kepada ubat dan tiada ubat yang boleh pulihkan seperti biasa (ini menurut beliau)....Then, harapan untuk mencari medical card akan berkubur. So, standby le duit utk cover pelbagai penyakit yang mungkin timbul pada masa akan datang.


Ramai jugak yang jumpa saya atau masa kami buat booth, ada prospect yang datang ke meja kami dan bertanyakan macam2 pasal medical card, then masa nak sign up, part kena jawab questionaire sekali ada history kencing manis....begitu la saban waktu kalau ada orang yang nak cari medical card dah sakit. Kami tak boleh nak buat apa2. Paling tidak pun cuma cuba apply sahaja. Tapi resultnya bergantung kepada underwriter yang buat assessment. Tapi kalau ikutkan pengalaman saya, mmg tak dapat laa...


Jadi, saya menyeru pembaca2 sekalian, sebelum ada apa2 penyakit, amik le medical card...paling basic pun tak pe. Sebabnya, kalau dah sakit, sanggup bayar lebih utk dapatkan coverage. Tapi company pulak declined...

So, selalu saya bagi analogi kepada orang yang saya jumpa atau share pasal insurance nie, mengenai PANADOL."Insurance bukan macam Panadol, sakit baru cari dan makan"...Insurance kena ada 2 syarat untuk memilikinya.

  1. DUIT

  2. KESIHATAN

Ada duit tapi tak sihat pun tak boleh. Sihat tapi tak de duit pun tak boleh. So, kena fikirkan budget masing2. Kena allocate sebahagian utk perlindungan Insurance. Kalau kita tak allocate, sure habis jugak.

So, itu sahaja untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi Insyallah....

Sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang nasihat kewangan atau insurance, bolehlah hubungi saya : 010 5205010 (kaharuddin)...tiada sebarang paksaan, penerangan percuma, terutamanya medical insurance

Pengertian Istilah Takaful

Istilah lain yang sering digunakan untuk Asuransi Syariah adalah Takaful. Kata Takaful berasal dari takafala-yatakafalu, yang secara etimologis berarti menjamin atau saling menanggung. Kata Takaful sebenarnya tidak dijumpai dalam Al-Qur’an. Namun, ada sejumlah kata yang seakar kata dengan Takaful, seperti dalam surah Thahaa ayat 40, “Idz tamsyi ukhtuka fataquulu haladullukum ‘ala mayyak fuluhu (ketika saudara wanita Musa bejalan lalu berkata kepada Fir’aun, ‘Bolehkah saya menunjukkan kepadamu orang yang memeliharanya.’) .” Pengertian memelihara manusia dalam hal ini adalah bayi Musa.

Yakfulu dapat juga diartikan menjamin, seperti dalam surah an-Nisaa ayat 85, “Waman yasyfa’ syafa’atan sayyiatan yakun lahuu kiflun minha (barangsiapa yang memberi syafaat (melindungi hak-hak orang dari kemudharatannya) yang buruk, niscaya ia akan memikul (risiko) bagian daripadanya).” Secara istilah, menurut KH. Latif Mukhtar, MA mungkin istilah Takaful berasal dari fikrah atau konsep Syekh Abu Zahra, seorang faqih di Mesir yang menulis buku t-Takaful al-ijtimaa’ifi al Islam (social security in Islam atau jaminan sosial dalam Islam).

Takaful dalam pengertian muamalah ialah saling memikul risiko di antara sesama orang sehingga antara satu dengan yang lainnya menjadi penanggung atas risiko yang lainnya. Saling pikul risiko ini dilakukan atas dasar saling menolong dalam kebaikan dengan cara masing-masing mengeluarkan dana tabarru”dana Ibadah, sumbangan, derma yang ditujukan untuk menanggung risiko. Takaful dalam pengertian ini sesuai dengan Al-Qur’an, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa; dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (al- Maa’idah: 2).

Menurut Syekh Abu Zahra’, yang dimaksud dengan at-Takaful al Ijtima’i itu ialah bahwa setiap individu suatu masyarakat berada dalam jaminan atau tanggungan masyarakatnya. Setiap orang yang memiliki kemampuan menjadi penjamin dengan suatu kebajikan bagi setiap potensi kemanusiaan dalam masyarakat sejalan dengan pemeliharaan kemaslahatan individu. Yakni, dalam hal menolak yang merusak dan memelihara yang baik agar terhindar dari berhagai kendala pembangunan masyarakat yang dibangun di atas dasar-dasar yang benar. Ungkapan yang paling tepat untuk makna at-Takaful al Ijtima’i, kata Syekh Abu Zahra, ialah sabda Nabi saw.,

“Mukmin terhadap mukmin yang lain seperti bangunan memperkuat satu sama lain.”(HR Bukhari dan Muslim).

“Orang-orang mukmin dalam kecintaan dan kasih sayang mereka seperti satu badan. Apabila salah satu anggota badan itu menderita sakit, maka seluruh badan merasakannya.”(HR Bukhari dan Muslim).

Pelan Sarjana : Perbandingan



Pelan Takaful Mesra

* Menyediakan perlindungan berserta simpanan untuk masa hadapan dan persaraan.

MANFAAT ASAS

* Kematangan

* Keilatan Kekal Menyeluruh (sehingga umur 65 tahun sahaja)

* Kematian


PANDUAN PENGUNDERAITAN


Perkara


Tempoh/Jumlah Anggaran

Had Umur Layak


6 Bulan - 60 Tahun*

Tempoh Sijil


5 Tahun - 79 Tahun

Umur Matang Maksima


80 Tahun

Sumbangan Minimum


RM600.00 setahun

Lat Sumbangan


Tahunan, setengah, tahun, suku tahun dan bulanan

Perlindungan minimum


RM10,000.00

Jumlah Perlindungan Keseluruhan untuk juvana terhad hingga RM200,000.00 sahaja

(Pelan Asas + Rider Bertempoh)

* Tarikh Lahir Akan Datang

PEMBAYARAN MANFAAT KEMATANGAN

Jumlah Akaun Peserta Terkumpul

+Mudharabah dari Akaun Peserta (Jika ada)

+Lebihan dari Akaun Khas Peserta(Jika ada)

PEMBAYARAN MANFAAT KEILATAN KEKAL MENYELURUH


Tahun Pertama - 10% dari Amaun Perlindungan

+ Jumlah Akaun Peserta terkumpul

+ Mudharabah dari Akaun Peserta

Tahun Kedua - 10% dari Amaun Perlindungan

Tahun Ketiga - 10% dari Amaun Perlindungan

Tahun Keempat - 10% dari Amaun Perlindungan

Tahun Kelima - 60% dari Amaun Perlindungan

Penamatan Sijil

Pembayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan.

PEMBAYARAN MANFAAT KEMATIAN

Jumlah Amaun Perlindungan

+ Jumlah Akaun Peserta Terkumpul

+ Mudharabah dari Akaun Peserta

ALIRAN SUMBANGAN

TAHUN


AKAUN PESERTA


AKAUN KHAS PESERTA

1


0%


100%

2


10%


90%

3


50%


50%

4>


75%


25%

MUDHARABAH

80% Peserta

20% Etiqa Takaful

RIDER TAMBAHAN


Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan

Accidental Death & Disability Benefit (ADDB) - (6 bulan – 60 tahun)


Manfaat Indemniti Kemalangan

Accident Indemnity Rider (AIR) (18 – 55 tahun)


Manfaat Hospital

Hospital Benefit (HB) (6 bulan – 55 tahun)


Penyakit Kritikal

Critical Illness (CI) (18 – 55 tahun)


Rider Bertempoh

Term Rider (6 bulan – 60 tahun)


Manfaat Pengecualian Sumbangan Pembayar

Payor Waiver Benefit Rider


Takaful Medic Save Rider

Rider Takaful Medic Save (30hari – 59 tahun)

Pelan Sarjana : Pelan Pendidikan anak-anak anda

PENGERTIAN PELAN PENDIDIKAN SARJANA

  • Menyediakan tabung pendidikan kanak-kanak berserta perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang.

MANFAAT ASAS

  • Manfaat Matang
  • Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh
  • Manfaat Kematian
  • Pendahuluan Pendidikan (Pilihan)
  • Anugerah Intelek

PEMBAYARAN MANFAAT MATANG


  • Jumlah Akaun Peserta Terkumpul
  • + Mudharabah dari Akaun Peserta
  • +Lebihan dari Akaun Khas Peserta

PEMBAYARAN MANFAAT KEILATAN KEKAL


Tahun Pertama -20% dari Amaun Perlindungan

+Jumlah Akaun Peserta terkumpul

+Mudharabah dari Akaun Peserta


Tahun Kedua - 40% dari Amaun Perlindungan


Tahun Ketiga - 40% dari Amaun Perlindungan

Penamatan kontrak


Pembayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan.

PEMBAYARAN MANFAAT KEMATIAN

Jumlah Amaun Perlindungan

+ Jumlah Akaun Peserta Terkumpul

+ Mudharabah dari Akaun Peserta

PEMBAYARAN PENDAHULUAN PENDIDIKAN

  • Pendahuluan Pendidikan
  • >Sebahagian dari jumlah Akaun Peserta
  • > tahun sebelum kontrak matang

ANUGERAH INTELEK

Peringkat Kelulusan Anugerah

UPSR 5A RM 500.00

PMR 8A keatas RM 750.00

SPM 8A keatas RM1,000.00

STPM 5A keatas RM1,000.00

CIRI-CIRI PELAN


  • Ketika kontrak matang, kesemua jumlah akaun peserta dan lebihan akaun Khas Peserta beserta mudharabah akan di bayar.
  • Pelan ini menyediakan pendahuluan pendidikan tiga tahun sebelum tempoh matang.
  • Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah akaun peserta akan dibayar.
  • Terdapat peruntukan bukan lucut hak melalui sumbangan automatik.
  • Tiada lien juvana.

PANDUAN PENGUNDERAITAN

Had Umur Layak - 14 hari - 17 Tahun*

Tempoh kontrak - 5 Tahun – 25 Tahun

Umur Matang - 13 - 25 Tahun (Pilihan)

Sumbangan Minimum - RM600.00 setahun

(pelan asas + top up rider)

Lat Sumbangan - Tahunan, setengah tahun,

suku tahun dan bulanan

Perlindungan minima - RM10,000.00


Jumlah Perlindungan Keseluruhan untuk juvana terhad hingga RM250,000 sahaja (Pelan Asas+Rider Bertempoh)


ALIRAN SUMBANGAN


TAHUN AKAUN PESERTA AKAUN KHAS PESERTA

1 0% 100%

2 10% 90%

3 50% 50%

4 > 75% 25%

MUDHARABAH

80% Peserta

20% Etiqa Takaful

MANFAAT CUKAI PENDAPATAN


PENGECUALIAN PEMBAYARAN CUKAI

Akta Cukai Pendapatan, 1976. Seksyen 49(1B) telah diperkenalkan mulai tahun taksiran 1996, untuk memberi potongan sejumlah yang tidak melebihi TIGA RIBU RINGGIT bagi premium yang dibayar bagi mana-mana insurans mengenai pendidikan dan manfaat perubatan atas nama individu, isteri individu atau anaknya.

Polisi pendidikan mengikut konteks Akta Cukai Pendapatan, 1976. Seksyen 49(1B)

Jika anak adalah orang yang diinsuranskan,

    • Manfaat pembayar adalah diwajibkan.
    • Tempoh rider mestilah sama dengan tempoh polisi asas.
    • Kesemua jumlah premium (polisi asas serta manfaat pembayar) dibenarkan sebagai potongan.
    • Sekiranya pembayar tidak layak mendapatkan manfaat pembayar (disebabkan risiko tinggi), premium yang dibayar untuk polisi asas tidak layak mendapat potongan.

RIDER TAMBAHAN

Rider Untuk Kanak-kanak


Rider Tambahan

Term Rider (6 bulan – 60 tahun)

Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan

Accidental Death & Disability Benefit (ADDB)

(Dewasa :18 – 60 Tahun) ;(Juvana : 6 Bulan – 17 Tahun)

Manfaat Hospital

Hospital Benefit (HB) (6 bulan – 55 tahun)

Rider Bertempoh

Term Rider (6 bulan – 60 tahun)

Rider Untuk Pembayar


Manfaat Pengecualian Sumbangan Pembayar

Payor Waiver Benefit (18 – 55 tahun)


Manfaat Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan

Accidental Death & Disability Benefit (ADDB) - (6 bulan – 60 tahun)


Manfaat Indemniti Kemalangan

Accident Indemnity Rider (AIR) (18 – 55 tahun)


Manfaat Hospital

Hospital Benefit (HB) (6 bulan – 55 tahun)


Penyakit Kritikal

Critical Illness (CI) (18 – 55 tahun)


Rider Bertempoh

Term Rider (6 bulan – 60 tahun)


Manfaat Pendapatan Keluarga

Family Income Benefit (FIB)

Conoh Pengiraan Bil Jika menggunakan Kad Medical Etiqa

Mengapa Setiap Individu memerlukan Takaful

-Setiap orang sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran,penipuan dan banyak lagi yang boleh mengakibatkan kerugian kewangan dan pengurangan nilai

-Risiko atau musibah itu tidak pasti bila terjadi

-Sistem atau saluran bantu membantu tidak dihalang

oleh agama, malah ia sangat digalakkan

-Sistem takaful boleh meringankan beban risiko atau

kesedihan untuk menyambung aktiviti harian hidup

PENGERTIAN TAKAFUL

“Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.”

CIRI-CIRI TAKAFUL

-Sistem Islam

-Sumbangan Tabarru

-Pelaburan Halal

-Majlis Pengawasan Syariah

-Tiada Unsur Riba

-Tiada Unsur Maisir

-Tiada Unsur Gharar

-Perkongsian Keuntungan

KONSEP ASAS TAKAFUL

Tabarru

Membuat Kebajikan

Membuat Derma Bersyarat

Mengurnia dengan Redha

Al-Mudharabah

Perkongsian Keuntungan Para Peserta dan EIB

Nilai berdasarkan Nisbah yang ditentukan

Nisbah pembahagian bergantung kepada aqad yang dibuat

UNSUR FASID DALAM INSURANS

RIBA

-Peminjaman wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan

-Penjanaan dana insurans melalui pelaburan dalam instrumen kewangan yang berurusniaga berasaskan faedah

MAISIR

-Mendapat sesuatu dengan cara mudah tanpa berusaha mengerjakannya

-Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan pulangan yang besar

GHARAR

Ketidakpastian di mana terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan menimbulkan ketidakadilan kepada pihak yang lain

Friday, March 23, 2012

Harga Sebuah Hidangan

Setiap orang memerlukan sekurang – kurang nya 3 kali makan dalam satu hari. Ada di antara mereka yang sanggup menghabiskan beratus- ratus ringgit untuk satu hidangan. Ada kalanya kita membawa kelurga kita untuk makan malam si sebuah restoran yang mewah. Kita tidak pernah mengambil kira berapakah bayaran untuk satu hidangan, tetapi yang penting ialah kebahagiaan keluarga.
Kebiasaannya kita tidak pernah berkira berapa kita habiskan untuk perbelanjaan 3 hidangan setiap hari. Setiap bulan kita hanya menghulurkan sejumlah wang kepada isteri kita untuk perbelanjaan harian.
Kita perlulah sedar tentang jumlah perbelanjaan yang diperlukan oleh keluarga setiap hari. Kebiasaannya saya mulakan dengan menyoal berapakah yang mereka belanjakan untuk makanan selama 1 bulan.
“Encik, berapakah yang encik perlukan untuk makan setiap bulan?”
“RM800.00”
“Encik, anda membelanjakan sebanyak RM800.00 setiap bulan untuk 3 kali makan sehari. Jadi dalam 1 tahun encik memerlukan sebanyak RM9,600.00. Untuk 11 tahun encik dan keluarga encik memerlukan sebanyak RM105,600.00 hanya untuk makan 3 kali sehari saja. Jika sekiranya anda tiada lagi di dunia ini, dari manakah encik rasa keluarga encik akan mendapatkan jumlah tersebut untuk membeli makanan mereka 11 tahun seterusnya? Oleh itu , encik adakah salah untuk kita menyimpan sebanyak RM 200.00 sebulan bermula dari sekarang, agar kita masih lagi dapat menyediakan 3 kali makan untuk keluarag kita selama 11 tahun seterusnya? ”
Jika beliau berkata, beliau hanya mampu untuk menyediakan 3 kali makan sahaja untuk keluarganya dan tidak mampu untuk membeli insurans. Saya akan kata : “Jika begitu keadaannya, anda akan meninggalkan keluarga anda tanpa meninggalkan sebarang makanan untuk meneruskan hidup. Adakah anda rasa, keluarga anda dapat hidup tanpa 3 kali makan dalam sehari?”
“Tidak”
“Adakah keluarga anda akan dapat hidup dengan hanya makan sebanyak 2 kali sehari sekarang?”
“Ya”
“Oleh itu, encik, saya rasa adalah lebih baik anda korbankan sekali makan sekarang demi untuk menyediakan 3 kali makan untuk keluarga anda selepas ini. Sekurang- kurang nya 2 kali makan adalah baik daripada tiada makanan langsung”.

Di harap ia memberikan informasi bermanfaat kepada anda dan sila tinggalkan sebarang comment jika ada sebarang pertanyaan hubungi saya Kahar 0105205010

Simpan 10% dari gaji Setiap bulan untuk masa hadapan anda.

Simpan sedikit – sedikit lama – lama jadi bukit. Perumpamaan ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat Malaysia dalam mendidik tabiat suka menyimpan dari kecil.

Mengikut pengarang buku ‘ The Richest Man in Babylon
‘ , beliau menyarankan agar anda menyimpan 10% setiap kali anda menerima gaji / wang.

Hikmah disebalik saranan ini adalah, wang simpanan anda akan berkembang dalam jangka masa panjang.
Saranan ini memang masih boleh diguna pakai dalam zaman melenium ini. Persoalannya sekarang adalah, di mana anda perlu menyimpan ? Di rumah kah ? Di bank kah? ASB kah ? Banyak pilihan dan setiap instrumen kewanganmemberikan faedah tertentu kepada para penyimpan.

Jika anda menyimpan 10% dari gaji anda di ASB, maka sudah tentu dalam tempoh 20 tahun akan datang anda akan mempunyai satu jumlah wang yang sangat besar.
Jika anda menyimpan 10% di bank, anda masih perolehi wang yang
banyak dalam tempoh 20 tahun, tetapi kurang dari apa yang diperolehi di ASB, kerana pulangan yang diberikan diASB adalah lebih tinggi berbanding bank simpanan.

  • Cuma masalahnya adalah, simpanan anda di ASB atau bank, tidak memberi jaminan dimana simpanan anda akan berterusan sehingga 20 atau 30 tahun akan datang. Jaminan apa ? Jaminan di mana anda akan tetap menyimpan secara tetap setiap bulan di ASB / bank sehingga 20 tahun akan datang.
  • Secara logiknya, selagi anda mampu bekerja, anda akan mampu menyimpan 10% gaji anda di ASB / bank. Itu kalau anda masih bekerja. Tetapi…
  • Tetapi, jika anda sudah tidak mampu bekerja, mampukah anda menyimpan 10% gaji anda setiap bulan ? Kenapa tidak, selagi anda mampu bekerja anda mampu menyimpan. Apa sebabnya yang anda tidak mampu bekerja ? Majikan gulung tikar ? Cari majikan lain. Kos kenaikan bahan api / perbelanjaan harian ? Jimat dan potong perbelanjaan yang tidak perlu..untuk anda masih boleh mengekalkan simpanan anda 10% setiap bulan. Apa lagi yang tak kena ?

  • Sedar atau tidak, setiap manusia/keluarga akan menglami suatu peristiwa besar dalam kehidupan mereka iaitu
  • KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN AKIBAT RISIKO KEHIDUPAN. Apa risiko kehidupan itu ? Ya, meninggal dunia, lumpuh akibat penyakit / kemalangan, dan menderita penyakit kritikal. Inilah risiko kehidupan yang akan membuatkan anda tidak mampu bekerja selamanya. Jadi, mampukah anda mengekalkan simpanan 10% gaji anda setiap bulan ?
  • Bagaimana mungkin, perbelanjaan sara hidup keluarga, perbelanjaan rumah / kereta, perbelanjaan sekolah anak – anak, simpanan persaraan, perbelanjaan perubatan, wang saku kepada ibu bapa –AKAN HILANG SELAMANYA.

  • 75% pesakit kanser tidak tahu mereka mengidap kanser sehingga stage 4 ( peringkat terakhir )
  • kematian akibat kemalangan setiap tahun menjangkau 4 angka setiap tahun..ribuan angka serangan strok yang mengakibatkan lumpuh kekal…
  • RIBUAN keluarga hilang tempat bergantung dan hilang PUNCA PENDAPATAN dalam sekelip mata…
  • anda sendiri pasti terbaca kejadian seumpama ini di dalam akhbar harian..pasti berlaku setiap hari…Cuma kita tidak tahu..bila giliran kita akan tiba…

  • Maka dengan itu, simpan 10% gaji anda ditempat yang betul dan tepat yang dapat memberikan manfaat kewangan berganda kepada anda.
  • Simpan 10% gaji/sebulan, yang dapat melindungi dan membekalkan 100% dari gaji anda kepada keluarga selama 20 – 30 tahun, sekiranya anda tidak mampu lagi bekerja akibat meninggal dunia / lumpuh kekal.

Apabila pencari nafkah meninggal dunia, masalah yang akan dihadapi adalah :
  1. Belanja Pengebumian Jenazah (dalam kes meninggal dunia).
  2. Wang sara hidup sementara menunggu surat tadbir kuasa. (dalam kes meninggal dunia) Walau pun si suami meninggalkan wang dalam bank /KWSP/ ASB, ia mengambil masa beberapa bulan untuk mendapat hak mengambil wang tersebut. Anda perlu menunjukkan dokumen2 yang kadang kala tidak masuk akal bagi membuktikan status pewaris.
  3. Wang sara hidup untuk 20 – 30 tahun akan datang. PENTING!!!
  4. Masalah hutang kepada manusia ( bank ) / Allah ( hutang zakat )
  5. Wang pendidikan masa depan anak
  6. Simpanan Persaraan ( Hari Tua )

Bagaimana melindungi 100% gaji anda dengan simpanan 10%?
Jika anda bergaji RM 30 000 setahun, dengan menyimpan 10% gaji, faedah
kewangan yang akan anda perolehi adalah :
  1. 1. RM 150 000 diberi jika meninggal dunia akibat biasa. Wang ini adalah di sebut sebagai warisan gaji. Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 15000 setahun membolehkan Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  2. RM 150 000 jika lumpuh kekal keseluruhan akibat biasa. Wang ini adalah disebut sebagai warisan gaji.Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 15000 setahun membolehkan Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  3. RM 200 000 diberi jika meninggal dunia akibat kemalangan. Wang ini adalah di sebut sebagai warisan gaji. Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 20 ribu setahun membolehkan Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  4. RM 200 000 jika lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Wang ini adalah disebut sebagai warisan gaji.Duit ini apabila dilaburkan di saham amanah dengan pulangan 10%, ia memberikan pulangan RM 20 ribu setahun membolehkan Kebajikan keluarga dan masa depan mereka masih terbela.
  5. RM 50 000 diberi jika anda disah menghidap penyakit kritikal. Wang ini sebagai wang pemulihan. Apabila mengidap penyakit kronik, anda mungkin memerlukan 3 bulan – 2 tahun untuk memulihkan kembali penyakit tersebut, sebelum anda boleh sambung bekerja. Duit ini adalah sebagai wang sokongan semasa dalam pemulihan.
  6. RM 50 000 akan diperuntukkan sekiranya anda mengalami kecederaan serius dalam sebarang bentuk kemalangan.
  7. RM 150 sehari sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Duit ini adalah sebagai pengganti sumber pendapatan anda.
  8. Simpanan Hari Tua pada tempoh matang.Pelaburan ini adalah pelaburan berlandas Syariah dengan pulangan purata 5.5 % setahun. Dengan tindakan anda menyimpan 10% gaji di tempat yang tepat yang memberikan manfaat kewangan yang maksimum, anda telah menjaga kebajikan kelurga anda dari bencana kewangan, sekiranya anda tidak mampu bekerja lagi.

*Kami juga mempunyai kad perubatan yang mampu menanggung kos perubatan anda
sehingga RM 300 000 di kebanyakkan Hospital Swasta seluruh negara.*

Elakkan Beban Pinjaman Hutang Kewangan Pendidikan


Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.PELAN ETIQA TAKAFUL SARJANA bukan sahaja Skim Simpanan Pelajaran, malahan ia juga melindungi Si Pembayar iaitu IBU atau BAPA dari musibah yang berlaku.


Pelan Etiqa Takaful Sarjana
Kelayakan Penyertaan Had Umur : 14 hari Sehingga 17 tahun Tempoh Penyertaan : 5 hingga 25 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun


Pembahagian Keuntungan / Lebihan Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Etiqa Takaful Berhad.

Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

Pengecualian Cukai Pendapatan
Kontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Berdasarkan gambarajah di atas, jika anak anda berumur 2 tahun, anda telah mula menyimpan sebanyakRM100 untuknya sehingga berumur 25 tahun maka manfaat-manfaat berikut akan diperolehi
  • Manfaat Perlindungan
  1. Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan RM100 tersebut akan dilunaskanoleh ETIQA TAKAFUL sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu dan Tabung Biasiswa/Saraan RM20000 akan diberikan kepada peserta (anak)
  2. Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, pelan ini akan membayar Tabung Khairat (Anak) RM 81,000 berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
  3. Sekiranya berlaku hilang upaya kekal ke atas anak, pelan ini akan membayar Tabung Hilang Upaya RM81000.
  • Elaun Harian Hospital
  1. Jika anak masuk wad di mana-mana hospital,elaun Manfaat Hospital diberi sebanyak RM50.
  2. Jika masuk wad selama 10 hari, peserta akan mendapat RM500 elaun
  • Manfaat Sampingan
  1. Pendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.
  • Manfaat Matang
  1. Apabila pelan ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpulRM27000 dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.
Dengan menyertai RM100 produk ini, pelanggan layak mendapat
Anugerah Intelek untuk pelajar cemerlang sebagai galakan anak belajar
  1. UPSR 5A = RM500
  2. PMR 8A = RM750
  3. SPM 8A = RM1000
  4. STPM 5P = RM1000

Pelan Mesra Takaful Etiqa


Pelan Etiqa Takaful Mesra adalah pelan takaful keluarga yang komprehensif dan fleksibel yang menawarkanperlindungan asas dan kadar simpanan untuk masa hadapan.

Dengan kombinasi manfaat asas dan manfaat-manfaat tambahan pelan ini menyediakan jaminan pendapatan, simpanan persaraan, kos perubatan dan elaun hospital dan rawatan penyakit serta pampasan kemalangan.Peserta juga berhak mendapatkan pengecualian cukai pendapatan sehingga RM6000.

Aliran Sumbangan
Tahun
1
2
3
4>
Akaun Peserta
0%
10%
50%
75%
Akaun Khas Peserta
100%
90%
50%
25%



Manfaat Tambahan
  • Rider Bertempoh
  • Kematian & Keilatan akibat Kemalangan
  • Indemniti Kemalangan
  • Elaun Hospital
  • Penyakit Kritikal
  • Kad Perubatan

Takaful Sebagai Pengagih Harta Pusaka

Semasa mengagih pusaka , harta peninggalan arwah mengecut sebelum sempat diagihkan kepada waris. Ini akibat kos mahkamah, kos pentadbiran dan pembayaran hutang.
Takaful yang dirancang dengan betul dapat membayar dan menampung beban hutang yang ditinggalkan arwah

Betulkah Orang Melayu lebih sayang harta dari diri sendiri ?

Orang melayu lebih sayangkan harta dari sayangkan diri sediri dan keluarga. Apa perlunya berkereta besar jika hanya sekadar untuk ditunjuk-tunjuk atau menjadi lambang kebanggaan. Harta yang kita miliki adalah milik Allah SWT yang bila-bila masa sahaja menunggu masa untuk ditarik kembali. Jika kita terlalu bergantung kepada harta, ditakuti nanti bila tiada harta kita akan putus harapan dan kufur kepada Allah SWT.

Maka bersyukurlah dengan segala yang kita ada dan gunakanlah harta kejalan yang diredhai. Simpan dalam simpanan yang dijamin halal dan memberi pulangan yang berpatutan. Simpan 10% daripada pendapatan untuk jaminan kewangan anda bila anda sakit atau hilang upaya untuk berdikari dan jika anda meninggal dunia lebih awal.


A. Kasihkan Harta
Kebanyakan Orang Melayu umpamanya apabila membeli kereta atau motorsikal pasti akan disertai dengan membeli insuran. Tak cukup lagi ditambah pula dengan insuran cermin dan sebagainya. Beli rumah disertai dengan membeli insuran kebakaran, MRTA dan sebagainya. Membeli barangan antik, barang kemas, barang perhiasan dan sebagainya turut juga disertai dengan membeli insuran. Tujuannya hanya satu iaitu untuk melindungi harta tersebut. Kalau berlaku kemalangan, kerosakan, kebakaran atau kematian barang tersebut akan diganti semula oleh pihak insuran. Mereka tidak sanggup kehilangan atau kecacatan barang itu. Mereka juga tidak sanggup atau tidak mampu menggantikannya semula dengan perbelanjaan sendiri. Beribu RM sanggup dikorbankan untuk tujuan membeli insuran. RM tersebut hangus, tahun hadapan beli lagi dan hangus lagi. Kiralah berapakah RM hangus dalam tempoh 10 atau 20 tahun semata-mata untuk harta?

B. Abaikan Diri Sendiri Dan Keluarga
Masih tidak ramai lagi orang Melayu yang sayangkan diri sendiri dan keluarga dengan menyertai Takaful. Bagi mereka Takaful tidak perlu kerana mereka sentiasa berfikir seperti berikut:-

  1. Takaful atau insuran sama sahaja iaitu untuk menipu orang ramai
  2. Sesuatu musibah tidak kena pada diri mereka dan hanya kena pada orang lain
  3. Mereka sentiasa sihat dan yang sakit itu orang lain
  4. Mereka tidak nampak nilai kesihatan dan umur mereka kerana ia diberi percuma oleh Allah
  5. Umur mereka panjang dan tidak nampak akan mati
  6. Sikap jika suami mati, isteri dan anak-anakpandai-pandailah nak hidup
  7. Mereka tidak nampak jika berlaku kematian atau sakit mereka akan menyusahkan isteri dan anak-anak
  8. Mereka tidak beriman kepada ayat Al-Quran dan Hadith tentang keperluan Takaful
  9. Mereka tidak dapat maklumat yang tepat tentang keperluan Takaful
  10. Hanya bergantung harap subsidi kerajaan dalam menanggung kos perubatan
  11. Belum ada saudara mara atau sahabat yang ditimpa masalah penyakit kritikal di depan mata sendiri.
  12. Tiada mempunyai rasa tanggungjawab untuksurvival bangsa Melayu itu sendiri.
  13. Suka bergantung pada takdir sebelum berusaha