Friday, March 23, 2012

Renungan : Perlindungan dan Anda

Pernahkah anda terfikir mengapa perlunya perlindungan @ insurans dalam menjamin / memelihara kehidupan pada masa hadapan. Ramai yang tidak menyedari hakikat bahawa dengan memiliki perlindungan @ insurans memberi bantuan kewangan kepada mereka yang mengalami musibah seperti hilang upaya kekal, kematian mahupun ketika mendapatkan rawatan dan perubatan.


Seringkali kita mendengar dan melihat di media, ramai antara kita mengalami tekanan kewangan berikutan kos rawatan dan perubatan yang tinggi. Tidak lupa juga kepada golongan isteri dan anak-anak yang turut merasai tanggungan hutang seandainya berlaku kematian atau suami / bapa hilang upaya. Ini mengakibatkan ada anak-anak yang terpaksa menamatkan persekolahan atas perkara yang tidak diingini. Perkara ini mungkin tidak akan berlaku kepada anda dan keluarga sekiranya dilindungi dengan perlindungan hayat @ insurans.

Percaya atau tidak, konsep perlindungan @ insurans telah diamalkan dalam kehidupan anda seharian. Pendapatan anda merupakan insurans kepada kehidupan anda. Melalui pendapatan, anda gunakan sebagai pembelanjaan, simpanan ataupun memiliki perkara yang anda inginkan. Anda bekerja keras 8 jam sehari, 5 hari seminggu, merempuhi kesesakan lalu-lintas semata-mata untuk menjamin kewangan anda dan keluarga. Tapi bagaimana jikalau anda tidak sihat??Sudah tentunya anda tidak mampu bekerja dan ini sedikit menjejaskan kewangan anda.Secara asasnya, kesihatan anda adalah tunjang utama kepada kewangan anda. Oleh sebab itu, eTiQa Takaful menawarkan 3 manfaat utama kepada anda iaitu manfaat simpanan, manfaat kesihatan, dan manfaat hayat.

Teknologi meningkat tinggi, taraf hidup meningkat tinggi, taraf pendidikan meningkat tinggi, begitu juga kos rawatan dan pembedahan meningkat tinggi. Mampukah anda membiayai kos-kos rawatan dan pembedahan seandainya anda disahkan menghidapi salah satu penyakit ini?

(a) Kanser Payudara (kos:10k - 140k)
(b) Kanser Rahim (kos:10k - 140k)
(c) Demam Denggi (kos:3k - 8k)
(d) Diabetis (kos:3k - 5k / year)
(e) Tekanan Darah Tinggi (kos:2k - 3k / year)
(f) Sakit Jantung (kos:20k - 50k)
(g) Strok (kos:7k - 15k)
(h) Katarak (kos:3k - 5k)

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Ada masanya anda sihat dan ada masanya anda sakit. Jadi bekalkan diri dengan perlindungan eTiQa Takaful untuk anda dan keluarga. Secara logiknya, anda boleh berhutang untuk membeli kereta dan rumah kediaman tetapi anda tidak boleh berhutang sekiranya hendak mendapatkan rawatan dan pembedahan.

Tujuan Perlindungan TAKAFUL diwujudkan adalah:


(a) Menyediakan dana pendapatan keluarga sekiranya anda meninggal dunia.
(b) Menyediakan pendapatan sekiranya anda hilang upaya.
(c) Menyediakan dana tabung tambahan untuk persaraan.
(d) Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
(e) Menyediakan dana penyakit kritikal.
(f) Mengelakkan daripada berhutang apabila ditimpa musibah.
(g) Melindungi aset atau perniagaan.
(h) Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
(i) Melakukan amal jariah.
(j) Mengurangkan cukai pendapatan.

Bertindaklah segera dengan mengambil perlindungan eTiQa Takaful sebelum 5 perkara:-

(a) Sihat sebelum sakit
(b) Muda sebelum tua
(c) Hidup sebelum mati
(d) Kaya sebelum miskin
(e) Lapang sebelum sempit

Hubungi saya untuk mengetahui lanjut tentang Etiqa Takaful : 0198164164 / 0105205010 Kaharuddin

0 comments:

Post a Comment